JellyPages.com

Wednesday, March 31, 2010

hujan di hati~

salam jihad..alhamdulillah bumi selangor ini masih dibasahi hujan:D kurang la sikit panasnya...
dalam keadaan hujan ni, ditambah dengan assigment yang banyak, tiba-tiba datang mood untuk hasilkan satu puisi..just nak share^^


HUJAN DI HATI
terkaku aku tak bertemankan mentari
aku basah dalam senduku
dek takut kan sebuah kegelapan
ombak pantai hatiku terhempas
pada pepasir kerinduanMU
aku terdampar di laut nan sepi
mengharap redhaMU hadir bersamaku
mengiringi setiap derap kakiku
agar aku tak tersesat
agar aku tak beralah
pada dunia yang menipuku
memuntahkan kesenangan yang sementara
agar aku leka dengan nikmatnya
sedang aku tahu
matlamatku hanya satu
aku hanya perlu mencari MU
serta Jannahmu buat ku

(maaf kwn2,sajak spontan so tak berapa menarik:P)


terasa diri ini kerdil..terlalu kerdil..penuh dengan noda dan dosa..umm ya Allah berat sungguh rasanya menanggung kerinduan ini..kebelakangan ni,susah betul nak dapat khusyuk dalam solat..macam-macam benda duk dalam kepala ni..ya Allah,jangan biarkan aku mencari duniaMU sehingga aku lupa pada akhiratMU..
kita ni susah betul nak dapat khusyuk dalam solat kan??ada sedikit info kat sini untuk di kongsi..insyaAllah boleh meningkatkan tahap kekhusyukan dalam solat:D
mudah je kawan-kawan...check balik wudhuk kita..sebab perkara utama dalam solat kan adalah wudhuknya..kalau kita ambil wudhuk sambil lewa je basuh anggota wudhk tu, memang susah la nak dapatkan khusyuk dalam solat..nanti mula je kita angkat takbir..sana gatal la,sini gatal la...seolah-olah macam banyak pulak si nyamuk ni...tapi sebenarnya, anggota wudhuk kita tu tak khusyuk. sebab apa?? sebab kita tak basuh dia betul-betul...dulu-dulu time sekolah, ustaz ada ajarkan doa untuk setiap anggota wudhuk kita..senang je kawan-kawan..doa dalam bahasa melayu+mudah dihafal:D

muka---> Ya Allah cantikkanlah akhlakku seperti mana KAU cantikkan wajahku..
tangan kanan--->Ya Allah,KAU hisab lah amalanku melalui tangan kananku
tangan kiri--->ya Allah,janganlah KAU hisab amalanku melalui tangan kiriku
kepala--->ya Allah,lindungilah aku di padang mahsyar nanti dari terik mentariMU
telinga--->ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa telingaku
kaki kanan--->ya Allah,mudahkanlah kakiku untuk melalui titian sirat
kaki kiri--->ya Allah,bawalah kakiku ke masjid-masjid dan surau-surau dan bukan ke tempat2 maksiat

mudahkan kawan2..jom kita sama-sama amalkan(^_^)/





Sunday, March 28, 2010

kebingungan (o_O)

kita jadi bingung..semakin maju pembangunan negara, semakin banyak kemudahan, semakin rosak akhlak kita. kenapa ye??kita bukan sesiapa untuk memikirkan masalah negara tetapi kita berhak memikirkan soal umat Nabi Muhammad lantaran kita adalah khalifah di muka bumi ini..kita adalah pendakwah yang ditugaskan untuk meyebarkan ajaran Allah dan sunnah Rasulullah..apatah lagi selepas wafatnya Rasul kita yang terakhir..tanggungjawab itu berada di atas bahu kita..ye betul la tu..kamu la..kamu pun..dan kamu..

antara tanggungjawab yang gagal kita lakukan:

1) apa yang menyedihkan kita...tangan-tangan kita sendiri yang merosakkan alam..macam mane kita nak laksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim kalau kita sendiri pakai kain nampak betis??macam mana kita nak jalankan tanggungjawab tu, kalau kita sendiri pakai baju yang nipis yang berpakaian tapi sebenarnya telanjang??

"ewah-ewah,sedapnye mulut tu bercakap..walaupun aku macam ni tapi aku tak tinggal sembahyang tau. walaupun aku macam ni tapi hati aku baik.. cuba kau jangan nilai aku dari luaran aku je.."

eh, tak ke pelik tu..kenapa kita solat tapi hati kita masih tak mampu dibentuk??kita solat tapi kita masih buat perkara-perkara yang dilarang Allah S.W.T..terang-terang kaum hawa ni diwajibkan untuk menutup aurat tapi kita disalahkan pulak sebab nilai mereka dari luar..

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu. (Hadis Riwayat Muslim)

part ni lagi best..alasan ni digunakan untuk menerangkan pada kita supaya jangan nilai dari luaran tapi hati dan amalan..MasyaAllah..kat situ dah terang-terang bagi tau "...DAN AMALAN KAMU." kita amalkan tak perintah Allah??tepuk dada tanya iman..baik tu dah bagus dah..tapi kan lagi bagus kalau tutup aurat^^

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kita masih menjejaki suspek dalam kes pembuangan bayi itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dengan satu daripada tangannya bercerai dari badan akibat digigit anjing liar.(sumber:metro ahad)

2) dunia kita ni makin kejam..eh silap-silap..bukan dunia yang kejam tapi manusia yang kejam..bayi tu tak salah!! cuba kita pulak suruh anjing gigit tangan orang yang buang bayi tu..tengok cemana sakit nya dia rasa..bayi kecil yang tak berdosa,yang tempat sepatutnya adalah di dalam dakapan sang ibu....ya Allah,kenapa manusia semakin kejam..mana hilangnya perikemanusiaan??
hari-hari ada je kes buang bayi ni..kes samun la,kes rompak la..kes rogol la..yang lebih menyedihkan kebanyakan kes ini melibatkan orang melayu islam!
apa dah jadi ni??dah tak de tempat yang selamat sekarang ni..kes bunuh sana-sini..kekejaman berleluasa..ye inilah tanda-tanda kiamat..bersiap sediakah kita untuk menghadapinya??

"ya Allah,aku berlindung denganMU dari azab kubur dan azab api neraka..Dan aku berlindung denganMU dari fitnah kehidupan dan kematian dan aku berlindung denganMU dari fitnah Dajjal."

amiin ya Rabbal 'alamin~

Friday, March 26, 2010

kita ibarat pinggan


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

wallahua'lam~


Tuesday, March 23, 2010

erti sebuah pertunangan

Alkisahnya bermula....



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... .....
............ .

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

sumber: http://al-insyirah. forummotion.com

Monday, March 15, 2010

kalau dah bukan milik kita....

assalamualaikum w.b.t...entri kali ni,ana nak kongsi sebuah kisah benar yang berlaku pada 12 mac 2010...
lokasi: pasar malam kajang
jam: 840pm

'kawan-kawan,jom g pasar malam."kata sorang kawan yg ada transport ni..pucuk dicita,ulam menadatang(^_^)/
maka...bergeraklah kami ke sana seramai lima orang gadis pingitan...

pusing punye pusing.....



"dik,sedekah dik.."kata sorang pakcik ni sambil pegang mangkuk duit..dengan sedikit berat tangan, duit ku masukkan dalam bekas tersebut..berdekatan dengan lokasi kejadian ada lagi 3 orang pakcik seperti yg tadi..mak selalu pesan,kalu dh bagi sedekah kat sorang ni,kalau orang yang macam tu nampak, kita kena bagi..
alahai...macam mane ni..dalam kepala dah congak-congak perbelanjaan sem ni.."aku dah congak-congak ni,nampka macam  tak berape nak ikhlas je kalau bagi.." (monolog dengan diri sendiri)

dengan muka tak bersalah,kami melepasi 3 pakcik tadi tanpa menghulurkan apa-apa..(kesian muka pakcik tu,mesti dia mengharapkan sesuatu) rasa bersalah sangat sebenarnye tapi...

"haa nak beli tudung ni lah."diriku berkata kepada salah seorang rakan tadi..tawar punya tawar punya tawar (sesi tawar menawar ambil masa yang singkat) dapatla RM25..harga asal RM28..haaa kira ok lah tu...lepas amik baki,terus berlalu tanpa kira baki..ya Allah,tak cukup lagi RM3...alahai makcik,duit RM3 tu boleh lepas makan tengah hari esok..

sampai kat bilik,lepas solat isyak..terus muhasabah diri jap..rupanya-rupanya,barulah tersedar...memang betul kata orang tua-tua...DALAM REZEKI KITA TU ADA REZEKI ORANG LAIN...
mesti RM3 tu sepatutnya kita bagi kt pakcik2 3 orang tadi..tapi disebabkan nak sangat save budget,langsung tak bagi kat diorang..lagipun pilih kasih la kn??pakcik yang sorang ni,kita bagi..yang sane pulak kita tak bagi..kita pun tak suka orang pilih-pilih kasih ni kn???


terbuktilah....RM3 tu sebenarnya bukan hak kita..nak sangat save budget,last-last ia tetap tak jadi milik kita juga...kalau dah bukan hak kita tu,kita jagalah macam mana baik pun,ia tetap tak kan kekal menjadi milik kita..

moral of the story: janganlah kedekut nak bagi sedekah + kalau ada peminta sedekah lain yang nampak kita bagi sedekah kat kawan dia,kita bagi la kat dia juga..jangan pilih kasih ok!

info: sedekah jariah adalah salah satu amalan yang akan membantu kita setelah kita mati...

wallhua'lam~

Monday, March 8, 2010

burung pun tahu....

assalamualaikum w.b.t...alhamdulillah kita masih dipinjamkan sedikit usia oleh Allah untuk menempuh hari ini..


sekarang ni cuaca sangat panas,jadi pastikanlah kita minum air secukupnya setiap hari untuk memastikan badan kita mendapat cukup air(^.^)
disebabakan cuaca yang panas inilah ana sering mengelakkan diri ana keluar dari bilik jika tiada keadaan yang mendesak..pada petang yang damai ni ana pun mula membuka buku untuk persediaan exam mid sem rabu ni..tiba-tiba............................


cip cip cip cip cip cip cip
cip cicp cip cip cip cip cip cip cip cip
eh makin rancak pula burung-burung ni berbual..disebabkan bilik ana di tingkat paling atas,jadi banyak lah tetamu-tetamu datang merehatkan sayapnya di tingkap bilik ana..

allahuakbar alllahuakbar..
berkumandanglah azan dari laptop rumate ana ni..
apa yang menyentuh hati ana???
burung-burung tu terus berhenti berbual..senyap je..eh, bia betul burnung-burung ni??takkan la singgah kejap je??(ana bermonolog sendiri)
di sebalik langsir tu ana nampak kelibat mereka (si burung-burung) masih kelihatan tapi semuanya diam..

lailahaillallah...
tamatlah azan dari laptop rumate ana ni..

cip cip cip cip cip cip cip
cip cicp cip cip cip cip cip cip cip cip
habis je azan,burung-burung tu terus berbual semula..
ya Allah, burung-burung pun tahu menghormati seruan azan..
sedangkan kita manusia yang dikurniakan akal ni,time azan tu la lagi rancak nak berborak.lagi banyak idea + gosip-gosip yang nak diceritakan..seolah-olah dah takde waktu lain lagi nak bersembang..

ya Allah betapa besarnya keagunganMU yang KAU tunjukkan di depanku..
burung pun tahu nak hormat azan..
burung pun tahu time azan perlu diam..

tapi kita???????????

~tepuk dada,tanyalah iman~

wallahua'lam~

Thursday, March 4, 2010

jom rehatkan minda~

assalamualaikum w.b.t...salam jihad buat semua.. tak lama lagi dah nak final exam..so sekarang ini ,masih dalam mood mid sem exam..pening + sedikit bercelaru..ditambah pula dengan tesis yang masih tak siap-siap(T__T)..memang kelam kabut dan berserabut..oleh itu,jom kita rest kan minda:D


Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said,
'My Mobile No. Has changed.
Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610' 



Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College .  
Friend: Really, what is he studying.  
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.  

============ ========= ========= ========= 

Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.  
DR: Take this tablet, you will be ok.  
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.  

============ ========= ========= =========
Ah Beng : If I die, will u remarry?  
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?  
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.  

============ ========= ========= =========  
Ah Beng : People consider me as a 'GOD'  
Wife: How do you know??  
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said,  
Oh GOD! U have come again.  

============ ========= ========= =========  
Ah Beng complained to the police: 'Sir, all items are missing,  
except the TV in my house.'  
Police: 'How the thief did not take TV?'  
Ah Beng : 'I was watching TV news...'  

============ ========= ========= =========  
Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying 'Parking Fine'
He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complement.'  

============ ========= ========= =========  
How do you recognize Ah Beng in School?  
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases  
the board.  

============ ========= ========= =========  
Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.  
So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast  
announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would  
be hot.  

============ ========= ========= =========  
Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and  
Says 'Hello, how did you know I was here?'  

============ ========= ========= =========  
Ah Beng : Why are all these people running?  
Man - This is a race, the winner will get the cup  
Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?  

============ ========= ========= ========= 
Teacher: 'I killed a person' convert this sentence into future tense  
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'  

============ ========= ========= ========= 
Ah Beng told his servant: 'Go and water the plants!'  
Servant: 'It's already raining.'  
Ah Beng : 'So what? Take an umbrella and go.'  

============ ========= ========= =========  
A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and not  
in the morning Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM