JellyPages.com

Tuesday, February 2, 2010

kenapa sampai macam ni??

assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menumpang dimuka buminya..

ana tertarik pada berita harian metro yang bertajuk "AYAH PENGACAU." seorang anak sanggup meninggalkan ayahnya di perhentian bas selepas mengambil ayahnya yang baru discharge dari hospital kerana mengalami pembedahan jantung..dengan alasan ayahnya mengganggu ketenteraman rumah tangganya..tak cukup dengan kes ini, satu lagi kes 'buang ayah' berlaku..selepas mengetahui ayahnya mengalami sakit buah pinggang yang perlukan rawatan setiap dua hari, si anak nekad untuk meninggalkan ayahnya di hospital selepas menjalani rawatan..apa yang ditakuti oleh si ayah benar-benar berlaku..ya Allah, mana hilangnya sifat perikemanusiaan kita..
pernah tak ayah tinggalkan kita sewaktu kita kecil dahulu??pernah tak ibu bapa mengeluh kerana membesarkan kita??sewaktu kita kecil, mereka bersengkang mata menjaga kita supaya tidak digigit oleh nyamuk..tersengguk-sengguk mereka menahan ngantuk dek kerana sayang pada kita..tapi inikah yang kita beri sebagai balasan??meninggalkan mereka atau menghantar mereka ke rumah orang-orang tua??

"dan KAMI perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya (menyusukannya) dalam usia dua tahun. bersyukurlah kepadaKu dan kepada orang tuamu. hanya kepada AKU  kembalimu." (LUQMAN:14)

ana teringat kisah seorang lelaki pada zaman para sahabat dahulu..dia membela khinzir di rumahnya..apabila ditanya mengapakah beliau membela khinzir,jawapannya adalah "khinzir ini adalah ibu bapaku."sekarang ini menjadi tanggungjawabku untuk menjaga mereka..
tetapi bagaimana pula dengan kita??kita punya ibu bapa yang sempurna jadi hargailah mereka sementara mereka masih berada di sisi kita..jangan nanti,apabila mereka sudah tiada barulah kita terasa betapa berharganya mereka..kalau kita boleh mengucapkan kata-kata sayang kepada 'orang lain' mengapa tidak kita mengucapkan kata-kata sayang kepada ibu bapa kita??

kisah lain pula ada menceritakan tentang seorang lelaki yang menggendong ibunya yang cacat untuk mengerjakan haji...sewaktu mengerjakan tawaf,dia terjumpa dengan salah seorang sahabat nabi."adakah dengan cara aku menggendong ibuku ini,aku sudah membalas jasa ibuku?" tanya pemuda itu.."sekali-kali tidak.kerana jasa ibumu kepadamu tidak terhitung banyaknya berbanding apa yang kamu lakukan ini."jawab sahabat nabi tadi.

apapun yang kita lakukan kepada kedua ibu bapa kita,tidak akan dapat membalas jasa mereka...tetapi kita punya senjata yang kuat iaitu DOA..berdoalah untuk kedua ibu bapa kita..

"TIDAK AKAN TERPUTUS REZEKI SESEORANG SELAGI DIA TIDAK MENINGGALKAN DOA UNTUK ORANG TUANYA DALAM SEHARI."

berdoalah untuk mereka,insyaAllah pintu rezeki kita akan sentiasa dimurahkan oleh Allah..

ridhallahu illa fi ridhail walidain....


ini abah ana:D

nampak garang kan??umm dulu memang abah garang tapi sekarang abah dah tak garang sebab kami sembilan beradik semua dah besar..disebabkan garang abah tu lah kami adik-beradik boleh menjadi seperti sekarang..abah selalu cakap,abah tak nak kami merasai kesusahan hidup macam yang pernah abah lalui..sebab tu lah abah berusaha menyekolahkan kami dan memberikan kami ilmu dunia dan akhirat..abah cakap, biar abah susah tapi abah tak nak anak-anak abah susah..betapa luhurnya hati seorang abah..sanggup berkorban demi kesenangan anak-anak...

biasanya kita sebagai anak ni,selalu tak nampak pengorbanan yang abah lakukan sebab kita lebih rapat dengan mak..tapi, bila abah kita dah tiada barulah kita tahu dan sedar betapa banyaknya pengorbanan abah untuk kita..bersyukurlah kerana kita masih punya abah..tetapi untuk yang sudah kehilangan abah,doakanlah dia..

abah,a'jilah sayang abah(^_^)


1 comments:

Anonymous said...

sayang ayah aku jugak! :D