JellyPages.com

Friday, February 5, 2010

IKUT HATI...MATI~

assalamualaikum w.b.t..salam jihad buat semua..

penggunaan facebook (FB) sekarang ni semakin berleluasa..pelbagai isu dibincangkan di dalamnya termasuklah isu yang pernah hangat sebelum ini iaitu penggunaan nama Allah..
sangat mengejutkan apabila isu ini dibincangkn secara mengikut perasaan tanpa berhujah berlandaskan al-quran dan hadis..

apakah reaksi anda setelah membaca komen-komen ini??
kenapa sampai macam ni sekali??mereka bercakap berlandaskan nafsu sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya!!
mereka bercakap guna bahasa mat saleh,nama dah macam mat saleh,pakaian pun dah macam pakaian mat saleh, yang lebih menyedihkan..pemikiran mereka pun dah macam pemikiran mat saleh!!!
lihatlah betapa teruknya pemikiran kita dijajah oleh mat saleh-mat saleh ni(T__T)
negara kita merdeka,tapi pemikiran kita tidak pernah merdeka..pemikiran kita dijajah!!
mereka menghina nabi Muhammad..inilah yang paling tak boleh dimaafkan..mereka sibuk bercakap tentang penggunaan nama Allah tetapi isu ini dikupas secara membabi buta..

islam kah mereka ini yang bercakap seolah-olah mereka kenal Allah??ana rasa mereka ini penganut kristian di sabah..
kalau betul la mereka ni bukan islam..kita patut marah kerana mereka telah memperlekehkan dan menghina kekasih Allah..
mereka tiada hak langsung untuk bercakap seperti itu!adakah mereka fikir, penganut agama islam yang membakar gereja??kalau begitu,kita juga boleh menuduh bahawa penganut kristianlah yang membakar dua buah surau di muar..tetapi kita(penganut islam) tidak lakukan seperti itu kerana kita tahu tuduhan tidak boleh dilakukan tanpa bukti yang kukuh..

jadi apa yg kita boleh lakukan??
jika kita punya teman yang beragama selain islam,tunjukkan lah kepada mereka tingkah laku terbaik dan cuba dekatkan mereka dengan islam..setiap daripada kita ini adalah pendakwah..jika kita menunjukkan tingkah laku yang baik,itu juga adalah salah satu pendekatan dakwah..

peringatan:
ikut hati...mati
ikut rasa...binasa

wallahua'lam~


0 comments: