JellyPages.com

Friday, November 13, 2009

TAK TERTAHAN RASANYA

assalamualaikum Warahmatullah..dh berhari-hari ana tinggalkan blog ni..sedikit sibuk dengan urusan-urusan tesis.. kadang-kadang terasa berat kepala memikirkan kerja-kerja kat lab yang banyak lg tertangguh. lama rasanya ana tidak pulang ke kampung walaupun jarak negeri yang tidak terlalu jauh tapi banyak perkara lain yang perlu ana uruskan di sini. sehinggalah malam tadi, ana tak dapat lagi menahan rasa rindu pada mak dan abah di kampung.rindu untuk menatap wajah mereka, rindu untuk solat berjemaah dengan mereka, rindu untuk mendengar gurau senda mereka and of course rindu dengan masakan mak.. ana selongkar almari untuk cari album family ana.. tanpa ana sedar, air mata ana mengalir tatkala melihat foto mak dan abah.. Ya Allah, hambaMu ini rindu pada kedua ibu bapanya.. tetapi Ya Allah, janganlah kau biarkan kasihku pada manusia melebihi kasihku padaMU..
ditambah dengan ketiadaan rumate yang dah lama pulang ke kampung, lagilah ana rasa sebak.. cemburunya dengan kawan-kawan yang sibuk kemas beg balik kampung. bila ana rasa lega sikit, terus ana call mak..


ana: assalamualaikum mak. mak sihat??
mak: wa'alaikumussalam..mak sihat, alhamdulillah..
ana: abah dan adik-adik sihat??
mak: semua sihat..alhamdulillah. 
ana: mak, a'jilah rasa macam nak balik je minggu ni..rasa rindu sangat kat mak dan abah..
mak: tak sibuk ke dengan tesis?? kalau rindu sangat balik la..mak pun rindu..

"mak pun rindu."  bila dengar je ayat tu keluar dari mulut mak, terus mengalir air mata ni. ana tak dapat nak tahan lagi dah. tapi ana sembunyikan tangisan tu sebab takut mak risau.sebelum ni, bukannya ana tak pernah duduk asrama. dari form 1 ana duduk hostel.. tapi ana rasa kerinduan kali ini memang sangat parah. rasa macam nak peluk mak.


ana: sob3 (melayan perasaan sambil nangis)
mak: a'jilah nangis ke??
ana: tak la mak. selesema (tibe-tibe penyakit selesema datang)
mak: umm nangisla tu..takpe a'jilah. dalam hidup kita ni, banyak perkara yang kita perlu korbankan untuk berjaya. terutama hati dan perasaan kita. a'jilah perlu kuat untuk hadapi semua ujian dan dugaan dalam hidup ni. kalau tewas di tengah jalan, sendiri yang rugi..sementara mak masih hidup ni, boleh la mak ingat-ingatkan.


"sementara mak masih hidup"...lagilah air mata ni mengalir dengan derasnya, 


ana: ala kenapa mak cakap camtu..ntah-ntah a'jilah yang pergi dulu..(sambil nangis)
mak: memangla kita tak tau bila ajal kita tapi kebiasaannya yang tua pergi dulu kan??
ana: mak ni..a'jilah tak buat apa-apa bakti lagi untuk mak dengan abah.mak jangan la cakap macam tu..


tak tertahan rasanya..


banyak lagi perkara yang masih belum ana buat..banyak lagi tanggungjawab yang belum ana tunaikan.. tak dapat ana bayangkan hidup ana tanpa mereka..walaupun ana sedar, 1 hari nanti setiap dari kita akan menghadapi mati..


"mak, halalkan air susu yang mak berikan pada ajilah..halalkan makan minum a'jilah..terima kasih kerana telah membesarkan a'jilah sehingga a'jilah berada di tahap ni...abah, terima kasih atas didikan yang abah berikan..walaupun abah garang tapi a'jilah tahu, itulah cara abah mendidik kami adik beradik..mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana telah banyak melukakan hati mak dan abah sama ada sengaja atau pun tak..Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan Rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka..amiinn..aminn Ya Rabbal 'Alamin

3 comments:

Anonymous said...

sewi!
sabar eh.
aku pon nak nanges baca ni :(((

HaziratulQuds said...

sob3
menitis la 2 3 titik
huk3

akmal abdullah said...

huhu sedihnya sri...dh nangis ni=( huhu