JellyPages.com

Tuesday, November 10, 2009

PETUA DAN HIKMAT

salam jihad buat semua sahabat dan sahabiah ana..apa khabar iman antum hari ini? semoga iman kita masih teguh dan masih bertakhta di hati kita..amiinn:D

untuk entri kali ni,ana nak kongsi sedikit ilmu tentang petua-petua yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian supaya kita boleh mendidik diri untuk menjadi insan yang cemerlang fiddunya wal akhirah..insyaAllah.. simple je petua-petua ni dan sangat mudah untuk kita buat. petua-petua ni adalah petua dari imam Syafi'e r.a..
jom kita cuba (^_^)/

EMPAT PERKARA YANG DAPAT MENGUATKAN BADAN:

  • makan daging
  • menghidu wangi-wangian
  • banyak mandi (selain mandi hadas besar)
  • memakai pakaian yang dibuat daripada kain kapas
EMPAT PERKARA YANG DAPAT MELEMAHKAN BADAN: 
  • banyak dukacita
  • terlalu banyak minum air
  • banyak makan makanan yang masam dan yang telah basi
  • terlalu banyak jima'
EMPAT PERKARA YANG DAPAT MENGUATKAN DAN MENAJAMKAN PENGLIHATAN:
  • duduk menghadap ke arah kiblat
  • bercelak sebelum tidur
  • melihat kepada warna hijau (sebaik-baiknya melihat tumbuhan hijau)
  • membersihkan persekitaran seperti rumah, halaman, tempat belajar dan sebagainya
EMPAT PERKARA YANG DAPAT MELEMAHKAN PENGLIHATAN:
  • melihat kepada perkara-perkara yang kotor dan jijik
  • melihat kepada salib
  • melihat kemaluan
  • duduk membelakangi kiblat
EMPAT PERKARA YANG DAPAT MENAMBAHKAN AKAL DAN MENGUATKAN MINDA:
  • meninggaklan perkataan yang sia-sia
  • bersugi
  • duduk bersama orang-orang yang soleh
  • duduk di dalam majlis para ulama'
betulkan ana cakap..semua ni mudah untuk kita buat. tapi apapun ia bergantung pada niat kita. semoga dengan memasang niat yang baik, akan baik jualah apa yang kita dapat dari ALLAH.. walau apapun yang Allah beri pada kita, syukurlah!! kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar..

walahua'lam~ 

        

0 comments: