JellyPages.com

Saturday, November 21, 2009

perempuan berkalung sorban dan perempuan kini

salam jihad..apa khabar iman kalian???semoga hari ini lebih baik dari semalam dan pastikan hari esok lebih baik dari hari ini...insyaAllah^.^
disebabkan baru habis final exam ni,mula la ana mencari sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. kebetulan,salah seorang sahabiah ana ni mencadangkan cerita perempuan berkalung sorban dari indonesia.

 

cerita ni memang bagus dan menarik tetapi mungkin akan ada saudara non muslim yang memandang serong terhadap islam jika tidak menonton filem ini sehingga tamat.
filem ni mengisahkan tentang sebuah sekolah pondok (pesantren) yang sangat mengongkong kaum wanitanya. annisa (lakonan ravelina s.temat) sering mencetuskan kemarahan ayahnya dengan menimbulkan persoalan mengapa wanita seperti ditindas dan seolah-olah wanita tidak ada hak langsung untuk bersuara.
aanisa yang  bijak dalam pelajaran berjaya mendapatkan biasiswa untuk meneruskan pembelajarannya tetapi ditentang keras oleh ayanhya dengan alasan perempuan tidak perlu untuk belajar tinggi kerana perempuan itu seharusnya hanya menjadi suri rumah tangga yang mengurus rumah tangga dan melayan suaminya.
annisa telah dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan anak teman baik ayahnya. hidup annisa tambah terseksa kerana dia hanya dijadikan tempat untuk melepaskan nafsu sahaja.dia langsung tidak diberi hak sebagai seorang isteri.
kekasih annisa yang menuntut di mesir pulang ke pesantren tersebut. cinta yang masih ada dalam hati annisa membuatkan dia mengutarakan cadangan supaya kekasihnya berbincang denga  suaminya agar dia diceraikan. berlakulah babak di mana mereka difitnah dan hampir dihukum rejam sampai mati. ana paling suka part ni. ayat yang diucapkan oleh ibu anissa sangat terkesan di hati ana..kita tak layak untuk menghukum orang lain kerana kita juga melakukan kesalahan..
annisa diceraikan oleh suaminya dan selepas itu dia mencari haluanna sendiri. dia menjadi seorang penulis dan bertemu semula dengan rakannya yang telah bekerja di kota. rakannya telah banyak berubah. dari seorang yang bertudung litup,rakannya itu tidak lagi bertudung malah merasa bangga dengan kebebasan yang dicarinya.
tidak lama kemudian,annisa menikah dengan kekasihnya dulu dan berusaha untuk mengubah pesantren tersebut.pelbagai dugaan dan halangan yang dilaluinya. sehinggalah akhirnya suaminya menemui ajal dalam satu kemalangan. namun dia tetap berusaha untuk mengubah pemikiran mereka dan mahu membuktikan betapa islam itu mudah dan islam adalah agama yang memelihara hak seorang wanita.


dari filem ni,memang jelas betapa sukarnya untuk kita berdakwah. betapa banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui untuk menyebarkan dakwah islamiah yang menuntut kita untuk menjadi hambaNya yang redha dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. lihat sahaja persekitaran kalian. teman-teman kita yang tidak bertudung atau mungkin tidak menutup aurat sepenuhnya, pernah kalian menegur mereka??tentu sukar. atau mungkin alasannya, mereka sudah besar dan mampu berfikir tentang dosa dan pahala.lantas kita mengambil keputusan untuk diam dan membisu.mengapa kita tidak menjadi seperti perempuan berkalung sorban??mengapa kita terlalu cepat beralah??ana tidak memandang filem ini sebagai sebuah filem semata..terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil..mengapa kita tidak boleh menjadi setabah perempuan berkalung sorban??mengapa kita terlalu cepat berputus asa dengan ujian Allah??baru diberi ujian yang sedikit,kita sudah jatuh terduduk, menangis, merintih dan menyesali qada' dan qadar Tuhan..kalau kita merasakan ujian itu terlalu berat untuk kita, ingatlah bahawa masih ada hamba Allah yang lain yang diberi ujian yang lebih berat dari kita..Allah tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang tidak bisa ditanggung olehnya...inilah pegangan yang dipegang oleh perempuan berkalung sorban tetapi perempuan kini menganggap ujian Tuhan itu sebagai satu musibah..masyaAllah...semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini..semoga diberi kekuatan untuk kita menghadapi qada' dan qadar Tuhan..amiinn ya Rabbal 'alamin


wallahua'lam~

0 comments: