JellyPages.com

Monday, November 16, 2009

nilai tudung seorang wanita

"katakanlah kepada wanita beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak darinya. dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya." (An-Nur: 24/31)


salam jihad buat kalian.. petikan ayat Quran di atas telah membuktikan betapa menutup aurat sangat penting malah wajib bagi seluruh kaum muslimat.. Allah bagi guide line pada kita (kaum muslimat) macam mana cara pemakaian tudung yang betul dan mengikut syarak.. "HENDAKLAH MEREKA MENUTUP KAIN KUDUNG KE DADANYA." maksudnya apabila kita memakai tudung ni. hendaklah kita melabuhkan tudung sehingga menutup bahagian dada..ALhamdulillah, zaman sekarang ni semakin ramia yang memakai tudung tapi adakah cara pemakaian tudunug kita tu seperti yang diperintahkan oleh Allah?? "JANGANLAH MEREKA MENAMPAKKAN PERHIASANNYA, KECUALI YANG BIASA TAMPAK DARINYA." maksu perkataan "yang biasa tampak darinya di sini ialah muka dan tapak tangan. yang memakai niqab tu, Alhamdulillah..semoga kalian istiqamah memakainya.
sekarang ni, macam-macam fesyen tudung untuk wanita islam dah dijual. tudung ekin ada, tudung siti ada malah tudung buk arini pun ada. tiada halangan untuk muslimat kita berfesyen. tapi berfesyen yang bagaimana??? yang pakai tudung tapi nampak batang tengkuk??yang pakai tudung tapi pakai baju ketat?? yang pakai tudung tapi kain belah sampai peha?? inilah silapnya..bila bertudung hanya sekadar mengikut fesyen, semua kita langgar yang penting pakai tudung.
kenapa islam menyuruh kita memakai tudung atau dengan kata lainya menutup aurat?? perempuan adalah perkara yang paling disukai oleh lelaki..apabila seorang lelaki itu melihat seorang perempuan, perkara pertama yang menarik perhatiannya adalah rambutnya.jika wanita itu bertudung, pandangan mata lelaki akan jatuh pula pada dadanya..apabila tudung kita menutupi dada, pandangan mata lelaki akan jatuh pula pada pinggangnya. jika baju yang dipakai itu longgar dan tidak menampakkan bentuk pinggangnya, pandangan mata lelaki akan jatuh pula pada punggungnya. jika baju dan kain yang dipakainya menutup bentuk punggungnya, pandangan mata lelaki kan jatuh pula pada peha dan betisnya..jika kain yang dipakai tidak menampakkan bentuk betis, pandangan mata lelaki akan jatuh pula pada kakinya..jika kakinya ditutup dengan stokin maka selamatlah kita dari pandangan mata kaun adam ni. maka, boleh lah kita simpulkan bahawa setiap inci tubuh kaum hawa ni menjadi tarikan kepada kaum adam.
ada yang bertudung tapi tak jaga solat, macam mana tu?? ada yang bertudung tapi still berkepit dengan lelaki, macam mana tu?? ada yang bertudung tapi bertepuk tampar dengan yang bukan muhrimnya, macam mana tu?? "kalau macam tu baik diorang ni tak payah pakai tudung. buat sakit mata je." luah salah seorang teman ana ni..ana tak setuju langsung dengan pernyataan tu..YANG WAJIB TETAP WAJIB..
"kadang-kadang yang tak pakai tudung lagi baik dari yang pakai tudung.luaran je nampak baik tapi busuk hati." pernyataan tu ada betulnya tapi ana penah dengar satu ungkapan yang berbunyi "tak semua perempuan yang bertudung itu baik, tetapi semua perempuan yang baik akan bertudung." ana setuju dengan ungkapan ni..
bila kita bertudung, tapi perangai kita sama sahaja dengan orang-orang yang bukan islam, mereka (orang bukan islam) tak nampak perbezaan agama islam dengan agama mereka. jadi, persepsi mereka pada agama islam menjadi negatif.. apabila ini berlaku, sukarlah untuk kita menyebarkan dakwah kepada mereka..kalian boleh lihat sendiri betapa tudung itu memberikan impak yang besar dalam penyebaran dakwak islamiah.
kitalah agen bagi islam.kitalah pendakwah islam yang sentiasa menjadi perhatian oarang bukan islam. Subhanallah..melalui pakaian pun kita boleh berdakwah...hebat kan??
islam itu bermula dari kita sendiri..ini tidak bermakna, kalau akhlak kta belum baik/belum cukup baik kita tidak boleh memakai tudung. aurat wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama, cubalah untuk memperbaiki diri agar kita tudung di luar, tudung juga di dalam (hati).


jenis tudung:

  1. tudung gantung: tudung yang hanya digantungkan dikepala atau di dada.kebiasannya dipakai dengan kebaya yang terbuka di dadanya.
  2. tudung ciput: tudung yang hanya menutupi rambut sahaja dengan leher terbuka.
  3. tudung millenium: tudung yang mempunyai warna yang terang dan menarik perhatian lelaki
  4. tudung sister/pendeta kristian: Rasulullah S.A.W melarang kita berpakai seperti non muslim.
  5. tudung wig: nama lainnya ialah rambut palsu. mereka menggunkan ini denagn alasan belum bersedia mengenakan tudung.
  6. tudung seksi: mereka mengenakan tudung dengan cara yang betul tetapi memakai make up secara berlebihan sehingga menimbulkan tarikan kepada kaum lelaki atau mengenakan tudung tetapi memakai baju ketat sehingga membentuk dadanya..
semoga diberikan kekuatan dan dibukakan pintu hati kita untuk berubah menjadi yang lebih baik...wallahua'lam...

0 comments: