JellyPages.com

Friday, November 6, 2009

JOM MAKAN!!


salam mujahadah buat semua teman-teman dan saudara seislam ana.. moga sentiasa di bawah lindungan Allah dan hidup dalam iman dan islam..insyaAllah...
di musim-musim exam ni, ana nak kongsi sikit tentang amalan pemakanan untuk tambah tenaga pengingat dan membasmi kelupaan.semoga kita dapat amalkan dan sebarkannya pada kawan-kawan lain(^.^)


yang ni bukan makanan sihat tau..hihi


MAKANLAH MAKANAN INI:
  • manisan madu lebah asli - amalkan selalu memakannya setiap hari, sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari. ia dapat menyihatkan otak dan tubuh badan.
  • air zam-zam
  • tamar atau kurma
  • susu segar - susu bukan sahaja mengandungi protein tetapi mineral dan vitamin serta antiseptic. susu yang terbaik untuk daya ingatan adalah susu biri-biri, kambing dan lembu
  • kismis atau zabib - selalau makan kismis boleh menghilangkan kahak dan membersihkan hati. ulama' mengesyorkan supaya kismis ini dimakan sebanyak 21 biji setiap pagi sebelum makan apa-apa makanan. sesiapa yang memakannya dengan cara begini, ia terhindar dari penyakit stroke. insyaAllah
  • halia - sebaik-baiknya ialah halia merah yang dibuat sebagai manisan, dimakan pada waktu pagi
  • kekacang - seprti gajus, badam dan pistachio dan lain-lain
  • kemenyan putih - juga dikenali sebagai kemenyan arab (boleh didapati di kedai-kedai rempah). hendaklah direndam pada waktu malam dan pada waktu pagi (sebelum sarapan) minumlah air rendaman tersebut
  • kuning telur
  • lobak
  • bunga cengkih
  • daging burung merpati - sebaik-baiknya dibuat sup
  • minyak sapi
  • hati
  • za'faran
  • otak ayam
  • roti kering
jom sama-sama kita cuba amalkan...tapi apapun kita hanya berusaha dan ini adalah salah satu usaha yang kita boleh buat selain belajar bersungguh-sungguh.
ingat kawan-kawan,kita hanya berusaha dan selebihnya  bertawakallah kepada Allah:-)

"KITA HANYA MERANCANG, TETAPI ALLAH JUALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG" 

wallahua'lam~


 

0 comments: