JellyPages.com

Monday, October 26, 2009

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU

Salam mujahadah..
Ana nk kongsi sikit rahsia solat di awal waktu ni..supaya kita semua saling ingat mengingati dan cuba untuk mendirikan solat di awal waktu sekaligus hilangkan terus istilah SUBUH GAJAH tu..

setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh dicerap dengan cara melihat perubahan warna alam. info ni sangat menarik sebab baru ana tahu setiap waktu solat tu ada warnanya tersendiri..



SUBUH---> alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/ rezeki dan komunikasi. bermula sahaja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap yang meksimum. tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan subuh. jadi, mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZOHOR---> warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq atau dhuha). warna favourite ana ni.. kemudian warna alam akan berubah ke warna kuning menandakan masuknya waktu zohor. spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. kalau antom rasa tak ceria je hari ni, cube antom check balik waktu antom dirikan solot zohor..di awal waktu atau tidak??

ASAR---> warna alam berubah pula kepada warna oren yang menandakan masuknya waktu asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. rahsia warna oren ialah kreativiti.

MAGHRIB---> menjelang waktu maghrib alam berubah ke warna merah dan pada wkatu ini kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

ISYAK---> apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa gelap. waktu isyak menyimpan rahsia ketenangan dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. mereka yang kerap meninggalkan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. alam berada dalam kegelapan dan sebetulnya inilah waktu tidur dalam islam. tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam islam waktu ini dipanggil QIAMULLAIL..

SUBHANALLAH...Maha Suci ENGKAU Ya ALLAH..begitu banyak kenikmatan yang DIA berikan pada kita, umatnya. tapi terlalu sedikit di kalangan kita ni yang menggunakan nikmat kurnianNYA dengan sebaiknya.

cuba kita check balik solat kita..

semoga kita sama-sama dapat memperbaiki solat kita kerana ia adalah amalan pertama yang akan dihisab..


wallahua'lam~

3 comments:

@sm@lin@ said...

salam sri..tq for sharing this extra-valuable knowledge....byk2 kan lg tazkirah mcm ni taw..suke bace...thanks..=]
nt aku promote blog mu ini di blog ku yea;)
hehe

SAYA said...

w'salam..thnks atas pujian 2:D terase besmgt plak nk perbaiki lg blog nih..hihi
jemput la kwn ramai2 ziarah blog ni ye..syukran(^_^)/

crashnburn said...

insap2 =.="