JellyPages.com

Thursday, July 16, 2009

MENCARI SEGARIS CAHAYA

kala ini,
fatamorganamu diselubungi hitam pekat noda dan dosa
tidak gentarkah engkau jika dicampak ke neraka??
sewenang-wenangnya melanggar hukum agama
tanpa rasa silu dan malu
membuat murka penciptaMu
ku mengejar pintu maghfirahMu
agar dapat ku menghirup senafas harapan
dan mencari satu kebenaran
ku rindukan dirimu Ya Rasulullah
ku anyam harapan
pada sunnahmu Ya NabiAllah
menginsafi diri yang kerdil ini
aku mencari segaris cahaya
yang kau sinari
diufuk sana...
aku mahu menjadi sepertimu Ya Muhammad
yang melakar sejarah kegemilangan
menongkah lautan tomahan
walau dibelit tali kesengsaraan
sabarmu menjadi pedoman
zuhudmu menjadi pegangan
penghambaanmu pada yang esa
menjadikan kau penghuni syurga
selawat ke atasmu ya Habiballah
menggetar segenap nadiku
mampukah aku mencintaimu
sepertimana kau mencintaiku, ummatmu??

P/S: Dh lama ana wt sajak ni..tibe2 ana terbaca balik n ana rs teringin nk kongsi ngn viewer ana..penggunaan ayt xbape best tp ana harap mesej 2 ana berjaya sampaikan:D

4 comments:

Anonymous said...

fuyoo,
lupe lak kau hebat bersajak kn sew..
hehe

SAYA said...

ahaha
xdela..
tbe2 cm ad idea..
ait malu la sy(*_*)

Fuchiha Fatiha said...

wah aisya humaira ni name pena ko ke ser?
weh ak suke sajak ko
ko watla sajak psal kehidupan,pastu gunekn pagi,matahari,pelangi sbg simbolik
wahhhhh
hebat jgak ak ni

SAYA said...

ohoh terima kasih..
aah nm pena je..
konon2 cm xnk org tw la..
ahaha
aku ku pertimbangkan cadangan 2 ye:D